Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~nya; sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2. selazimnya; menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan; kejamakan hal yg biasa, lazim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lebih drpd satu; banyak. 2 kelonggaran yg diberikan bagi musafir utk menghimpunkan sembahyang dgn syarat tertentu: sembahyang ~. ~ takdim jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (dlm waktu zuhur utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu maghrib utk solat maghrib dan isyak). ~ takhir jamak yg dilakukan dgn menghimpunkan dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isyak) dan ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (dlm waktu asar utk solat zuhur dan asar, dan dlm waktu isyak utk solat maghrib dan isyak). menjamakkan 1 menjadikan banyak; menjadikan dlm bentuk jamak. 2 menghimpunkan dua solat, iaitu zuhur dan asar atau maghrib dan isyak, dlm satu waktu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamak
Rujuk :biasa